Menentukan senarai apl yang boleh didayakan sebagai apl pencatatan nota pada skrin kunci Google Chrome OS.
Jika apl pencatatan nota pilihan didayakan pada skrin kunci, skrin kunci akan mengandungi unsur UI untuk melancarkan apl pencatatan nota pilihan.
Apabila dilancarkan, apl ini akan dapat membuat tetingkap apl di atas skrin kunci dan membuat item data (nota) dalam konteks skrin kunci. Apl ini akan dapat mengimport nota yang dibuat ke sesi pengguna utama, semasa sesi dibuka kunci. Hanya apl pencatatan nota Chrome yang disokong pada skrin kunci pada masa ini.
Jika dasar ini ditetapkan, pengguna akan dibenarkan untuk mendayakan apl pada skrin kunci hanya jika ID sambungan apl terkandung dalam nilai senarai dasar.
Akibatnya, tindakan menetapkan dasar ini kepada senarai kosong akan melumpuhkan pencatatan nota pada keseluruhan skrin kunci.
Sila ambil perhatian bahawa dasar yang mengandungi ID apl tidak semestinya bermaksud pengguna akan dapat mendayakan apl sebagai apl pencatatan nota pada skrin kunci - contohnya, pada Chrome 61, set apl yang tersedia dihadkan secara tambahan oleh platform.
Jika dasar dibiarkan tanpa ditetapkan, tiada sekatan pada set apl yang boleh didayakan oleh pengguna pada skrin kunci yang dikenakan oleh dasar.
Registry Hive | HKEY_CURRENT_USER |
Registry Path | Software\Policies\Google\ChromeOS\NoteTakingAppsLockScreenWhitelist |
Value Name | {number} |
Value Type | REG_SZ |
Default Value |