Imej kertas dinding peranti

Mengkonfigurasikan imej kertas dinding tahap peranti yang dipaparkan pada skrin log masuk jika belum ada pengguna yang pernah log masuk ke peranti. Dasar ini ditetapkan dengan menentukan URL tempat peranti OS Chrome boleh memuat turun imej kertas dinding itu dan cincangan kriptografi digunakan untuk mengesahkan integriti muat turun itu. Imej mestilah dalam format JPEG dan saiznya tidak boleh melebihi 16MB. URL mestilah boleh diakses tanpa sebarang pengesahan. Imej kertas dinding dimuat turun dan dicache. Imej kertas dinding akan dimuat turun semula setiap kali URL atau cincangan berubah.

Dasar ini hendaklah ditetapkan sebagai rentetan yang menyatakan URL dan cincangan dalam format JSON, mis.,
{
"url": "https://example.com/device_wallpaper.jpg",
"hash": "examplewallpaperhash"
}

Jika dasar kertas dinding peranti ditetapkan, peranti OS Chrome akan memuat turun dan menggunakan imej kertas dinding pada skrin log masuk jika belum ada pengguna yang pernah log masuk ke peranti. Sebaik sahaja pengguna log masuk, dasar kertas dinding pengguna akan berkuat kuasa.

Jika dasar kertas dinding peranti dibiarkan tidak ditetapkan dan jika dasar kertas dinding pengguna ditetapkan, dasar kertas dinding pengguna akan menentukan item yang perlu dipaparkan.

Supported on: SUPPORTED_WIN7

Imej kertas dinding peranti

Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE
Registry PathSoftware\Policies\Google\ChromeOS
Value NameDeviceWallpaperImage
Value TypeREG_MULTI_SZ
Default Value

chromeos.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)