Tetapkan penempatan yang disyorkan untuk sesi awam

Menetapkan satu atau beberapa penempatan yang disyorkan untuk sesi awam, membolehkan para pengguna memilih satu daripada penempatan ini dengan mudah.

Pengguna boleh memilih satu penempatan dan reka letak papan kekunci sebelum memulakan sesi awam. Secara lalai, semua penempatan yang disokong oleh Google Chrome OS disenaraikan dalam urutan abjad. Anda boleh menggunakan dasar ini untuk mengalihkan satu set penempatan yang disyorkan ke bahagian atas senarai.

Jika dasar ini tidak ditetapkan, penempatan UI semasa akan dipilih lebih awal.

Jika dasar ini ditetapkan, penempatan yang disyorkan akan dialihkan ke bahagian atas senarai dan akan dipisahkan secara visual daripada semua penempatan lain. Penempatan yang disyorkan akan disenaraikan mengikut urutan yang dipaparkan dalam dasar. Penempatan disyorkan yang pertama akan dipilih lebih awal.

Jika terdapat lebih daripada satu penempatan disyorkan, pengguna dianggap ingin memilih salah satu antara penempatan ini. Pemilihan penempatan dan reka letak papan kekunci akan ditawarkan dengan jelas semasa memulakan sesi awam. Jika tidak, kebanyakan pengguna dianggap ingin menggunakan penempatan yang dipilih lebih awal. Pemilihan penempatan dan reka letak papan kekunci akan ditawarkan secara kurang jelas apabila memulakan sesi awam.

Apabila dasar ini ditetapkan dan log masuk automatik didayakan (lihat dasar |DeviceLocalAccountAutoLoginId| dan |DeviceLocalAccountAutoLoginDelay|), sesi awam yang dimulakan secara automatik akan menggunakan penempatan pertama yang disyorkan dan reka letak papan kekunci paling popular yang sepadan dengan penempatan ini.

Reka letak papan kekunci yang dipilih lebih awal sentiasa akan jadi reka letak paling popular yang sepadan dengan penempatan yang dipilih lebih awal.

Dasar ini hanya boleh ditetapkan sebagai disyorkan. Anda boleh menggunakan dasar ini untuk mengalihkan satu set penempatan yang disyorkan ke bahagian atas tetapi para pengguna sentiasa dibenarkan memilih sebarang penempatan yang disokong oleh Google Chrome OS untuk sesi mereka.

Supported on: SUPPORTED_WIN7

Tetapkan penempatan yang disyorkan untuk sesi awam

Registry HiveHKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\ChromeOS\SessionLocales
Value Name{number}
Value TypeREG_SZ
Default Value

chromeos.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)