Menentukan senarai pemalam yang didayakan dalam Google Chrome dan menghalang pengguna daripada menukar tetapan ini.
Aksara kad bebas '*' dan '?' boleh digunakan untuk memadankan urutan aksara rambang. Aksara '*' sepadan dengan sebilangan aksara rambang manakala '?' menetapkan aksara tunggal pilihan, iaitu sepadan dengan sifar atau satu aksara. Aksara lepasan ialah '\', oleh itu untuk memadankan aksara '*', '?' atau '\' sebenar, anda boleh meletakkan '\' di hadapan aksara tersebut.
Senarai pemalam yang ditetapkan sentiasa digunakan dalam Google Chrome jika ia dipasang. Pemalam ditandakan sebagai didayakan dalam 'about:plugins' dan pengguna tidak boleh melumpuhkannya.
Ambil perhatian bahawa dasar ini mengatasi DisabledPlugins dan juga DisabledPluginsExceptions.
Jika dasar ini dibiarkan tanpa ditetapkan, pengguna boleh melumpuhkan sebarang pemalam yang dipasang pada sistem.
Registry Hive | HKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER |
Registry Path | Software\Policies\Google\Chrome\EnabledPlugins |
Value Name | {number} |
Value Type | REG_SZ |
Default Value |