Tentukan senarai pemalam yang boleh didayakan atau dilumpuhkan pengguna

Menyatakan senarai pemalam yang boleh didayakan atau dilumpuhkan oleh pengguna dalam Google Chrome.

Aksara kad bebas '*' dan '?' boleh digunakan untuk memadankan urutan aksara arbitrari. '*' memadankan aksara nombor arbitrari manakala '?' menyatakan aksara tunggal pilihan, cth. memadankan kosong atau satu aksara. Aksara lepasan ialah '\', jadi untuk memadankan aksara '*', '?' atau '\' sebenar, anda boleh meletakkan '\' di hadapan aksara itu.

Jika anda mendayakan tetapan ini, senarai pemalam yang dinyatakan boleh digunakan dalam Google Chrome. Pengguna boleh mendayakan atau melumpuhkan pemalam, dalam 'about:plugins', walaupun jika pemalam juga sepadan dengan corak dalam DisabledPlugins. Pengguna juga boleh mendayakan dan melumpuhkan pemalam yang tidak sepadan dengan sebarang corak dalam DisabledPlugins, DisabledPluginsExceptions dan EnabledPlugins.

Dasar ini bertujuan untuk membenarkan penyenaraian hitam pemalam secara tegas dengan senarai 'DisabledPlugins' mengandungi entri kad bebas seperti lumpuhkan semua pemalam '*' atau lumpuhkan semua pemalam Java'*Java*' tetapi pentadbir ingin mendayakan beberapa versi tertentu seperti 'IcedTea Java 2.3'. Versi tertentu ini boleh dinyatakan dalam dasar ini.

Sila maklum bahawa kedua-dua nama pemalam dam nama kumpulan pemalam perlu dikecualikan. Setiap kumpulan pemalam ditunjukkan dalam bahagian berasingan dalam about:plugins; setiap bahagian mungkin mempunyai satu atau lebih pemalam. Sebagai contoh, pemalam "Shockwave Flash" adalah dalam kumpulam "Adobe Flash Player" dan kedua-dua nama mesti mempunyai padanan dalam senarai pengecualian jika pemalam itu ingin dikecualikan dari senarai hitam.

Jika dasar ini dibiarkan tidak ditetapkan mana-mana pemalam yang sepadan dengan corak dalam 'DisabledPlugins' akan dikunci dan dilumpuhkan serta pengguna tidak akan dapat mendayakan pemalam itu.

Supported on: SUPPORTED_WIN7

Senarai pengecualian kepada senarai pemalam dilumpuhkan

Registry HiveHKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER
Registry PathSoftware\Policies\Google\Chrome\DisabledPluginsExceptions
Value Name{number}
Value TypeREG_SZ
Default Value

chrome.admx

Administrative Templates (Computers)

Administrative Templates (Users)