Mengeluarkan bahagian privasi dan keselamatan yang sensitif daripada URL https:// sebelum menyerahkannya kepada skrip PAC (Konfigurasi Automatik Proksi) yang digunakan oleh Google Chrome semasa penyelesaian proksi.
Apabila Benar, ciri keselamatan didayakan dan URL https://
dibuang sebelum menyerahkannya kepada skrip PAC. Dalam cara ini,
skrip PAC tidak dapat melihat data yang lazimnya dilindungi oleh
saluran yang disulitkan (seperti laluan dan pertanyaan URL).
Apabila Palsu, ciri keselamatan dilumpuhkan dan skrip PAC
secara tersirat diberikan keupayaan untuk melihat semua komponen
URL https://. Tindakan ini terpakai kepada semua skrip PAC tanpa
mengambil kira asalnya (termasuk skrip yang diambil melalui pengangkutan
yang tidak selamat atau ditemui secara tidak selamat menerusi WPAD).
Ciri ini ditetapkan kepada Benar secara lalai (ciri keselamatan didayakan),
kecuali pengguna perusahaan OS Chrome yang ditetapkan kepada Palsu secara lalai.
Anda disyorkan supaya menetapkannya kepada Benar. Satu-satunya sebab
untuk menetapkannya kepada Palsu adalah jika ciri ini menyebabkan masalah keserasian dengan skrip PAC sedia ada.
Hasrat kami adalah untuk mengalih keluar pembatalan ini pada masa hadapan.
Registry Hive | HKEY_CURRENT_USER |
Registry Path | Software\Policies\Google\ChromeOS |
Value Name | PacHttpsUrlStrippingEnabled |
Value Type | REG_DWORD |
Enabled Value | 1 |
Disabled Value | 0 |