Melumpuhkan penguatkuasaan keperluan Ketelusan Sijil kepada URL yang disenaraikan.
Dasar ini membenarkan sijil bagi nama hos dalam URL yang dinyatakan, tidak didedahkan melalui Ketelusan Sijil. Pada umumnya, sijil yang tidak didedahkan kepada umum dengan betul, dikendalikan sebagai sijil yang tidak dipercayai. Namun, dasar ini membenarkan sijil yang tidak dipercayai itu untuk terus digunakan, tetapi hal ini akan menyukarkan lagi kami mengesan sijil yang tersilap dikeluarkan oleh hos tersebut.
Pola URL diformatkan mengikut https://www.chromium.org/administrators/url-blacklist-filter-format. Walau bagaimanapun, oleh sebab sijil sah untuk nama hos yang tertentu tanpa mengira skim, port atau laluannya, hanya bahagian nama hos URL yang dipertimbangkan. Kad bebas hos tidak disokong.
Jika dasar ini tidak ditetapkan, mana-mana sijil yang dikehendaki supaya didedahkan melalui Ketelusan Sijil akan dikendalikan sebagai tidak dipercayai jika sijil itu tidak didedahkan mengikut dasar Ketelusan Sijil.
Registry Hive | HKEY_CURRENT_USER |
Registry Path | Software\Policies\Google\ChromeOS\CertificateTransparencyEnforcementDisabledForUrls |
Value Name | {number} |
Value Type | REG_SZ |
Default Value |