Apabila tetapan ini didayakan, Google Chrome membenarkan sijil yang ditandatangani SHA-1 selagi sijil ini berjaya disahkan dan dikaitkan dengan sijil CA yang dipasang setempat.
Sila ambil perhatian bahawa dasar ini bergantung pada tindanan pengesahan sijil sistem pengendalian yang membenarkan tandatangan SHA-1. Jika kemas kini OS mengubah cara pengendalian OS terhadap sijil SHA-1, dasar ini tidak berkuat kuasa lagi. Selain itu, dasar ini bertujuan digunakan sebagai penyelesaian sementara bagi memberikan pihak syarikat lebih masa untuk beralih daripada SHA-1. Dasar ini akan dialih keluar pada atau kira-kira 1 Januari 2019.
Jika dasar ini tidak ditetapkan atau ditetapkan kepada palsu, maka Google Chrome akan mengikut jadual penamatan SHA-1 yang telah diumumkan.
Registry Hive | HKEY_LOCAL_MACHINE or HKEY_CURRENT_USER |
Registry Path | Software\Policies\Google\Chrome |
Value Name | EnableSha1ForLocalAnchors |
Value Type | REG_DWORD |
Enabled Value | 1 |
Disabled Value | 0 |